Sunday, May 25, 2008

setelah sekian lame..

setelah sekian lame menyepi, kiranya aku tidak berlaku adil kepada rakan2ku yg acap kali hampa setiap kali ke page ku untuk mengetahui perkembangan diri ini..bukan tiada masa tetapi kemalasan yg melanda tiada terperi..lebih senang membace blog mereka yg lain berbanding mencoret di blog sendiri..huhu..

sedar x sedar sudah sebulan barada di posting psychiatry..pendapatku?hmm, mmg lain dari posting2 yg pernah ku tempuhi pada tahun lepas dan sedikit sebanyak menarik minatku..mungkinkah akan menjadi seorang pakar dlm bidang ini suatu hari nanti?bagiku masih terlalu awal untuk menentukannya kerana masih byk bidang yg belum ku tempuhi...ok, berbalik kepada posting ku kini, banyak tanggapanku sebelum ini mengenai pesakit psychiatry adalah silap..mereka juga seperi kita, namun disebabkan penyakit yang mereka hidapi, mereka mengalami pengalaman2 yang pelik yang bagi masyarakat kita, mereka lebih dikenai sebagai gila..dan ada di antara mereka yang menghidapi penyakit mental disebabkan pengalaman2 hidup yang pahit dan mereka merupakan mangsa keadaan..kadang2 terasa juga diri ini sedikit sebanyak mempunyai ciri2 seperti pesakit2 itu..haha..mintak dijauhkan..

jumaat lepas aku berpeluang mengikuti lawatan ke pusat rawatan pakar bagi penagih dadah yang terletak di lorong haji taib..perasaan? pada mulanya memang anxious kerana di lorong itu sendiri terkenal dgn keadaannya yang penuh maksiat..sudahlah, tersesat pada mulanya mencari pusat itu (dan mata2 yang memandang kami merayau, sedikit sebanyak menakutkan), mujurlah akhirnya bertemu juga destinasinya. Sesampai di sana, kami diberi taklimat berkenaan statistik, dan sedikit info tentang dadah2 yang sering disalahgunakan..seterusnya, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi peluang untuk menemuramah seorang penagih dadah yang menjadi klien dan mengikuti program methadone di pusat itu..mereka sangat bekerjasama dan daripada mereka kami ketahui bagaimana mereka terjebak, dimana mereka mencari duit, dan kaedah yang digunakan serta pelbagai lagi..seperti kata seorang bekas penagih yang menjadi kaunselor di situ, adalah perlu bagi kami untuk mengetahui semua itu agar tidak mudah diperdaya dan terjebak, namun cukup untuk hanya mengetahui tapi jangalah dicintai..daripada sesi itu, aku mengetahui bahawa ada di antara mereka yang pada asalnya mempunyai masa depan yang cerah namun disebabkan tersilap satu langkah, dadah berjaya menguasai diri dan menghantui mereka seumur hidup..mereka2 yang berjaya menghentikan perbuatan kotor itu pun, tidak dapat kembali ke kehidupan asal kerana sentiasa perlu menguatkan hati dan disiplin disamping sentiasa berjaga2 untuk menjauhi sebarang substance yang ada unsur2 mengkhayalkan..

ok, lah..sekarang perlu bersiap2 untuk pulang ke kolej..hingga jariku bertemu keyboard lagi..daa..

0 comments: